21.5.12

Kelantan Juara Final Piala FA 2012



Masih tidak terlambat untuk merul mengucapkan Tahniah kepada pasukan kelantan kerana berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjuarai Piala FA. Lebih menarik lagi gol kemenangan Piala FA dijaringkan oleh pemain yang memakai jersi nombor 22 iaitu M.Ghaddar. 


Kejayaan kelantan merangkul PIALA FA hampir sama dengan kejayaan CHELSEA yang sudah sekian lama menunggu untuk menjadi juara EROPAH buat pertama kalinya. Kedua-dua kemenangan dihasilkan melalui jaringan yang sama, iaitu penalti. cuma cara penalti mempunyai sedikit perbezaan.


Walaupun banyak kontroversi yang timbul diantara Penyokong Setia The Red Warriors dengan FAM  Ia tidak pernah melunturkan semangat membara mereka untuk menjadi pemain ke 12 The Red Warriors. Jumlah penonton kelantan yang berjumlah 85 ribu yang membanjiri stadium bukit jalil juga menjadi sejarah baru di MALAYSIA dan KELANTAN amnya. Boleh dikatakan tiada suasana seperti ini dimalaysia yang melibatkan pasukan2 negeri.


Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membangunkan bolasepak KELANTAN.

No comments:

 
Design by AH|SW |Empayar Bintang Tiga 2013