Fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi pada 10 Disember pada hari ini. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.
Jom kite tgk simulasi bulan untuk hari nie....
setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat2 mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat2 berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat2 berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pd hari lain ada org talqinkan atau org bimbing kita tetapi tidak pd hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...so jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dgn cepat. tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jgn sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini... (sekadar perkongsian utk sahabat)
1 comment:
mashaallah.
yeah.EBT kembali lagi
Post a Comment