17.9.11

Tips SEO : Blog Title & Description



Assalamualaikum dan selamt sejahtera....dalam entri lepas, Mirul ada bagitahu tentang kepentingan mempunyai url blog yang bersesuaian dengan tujuan berblogging. Seperti yang diketahui, mungkin ada ramai yang 'sayang' untuk tukar alamat blog yang asal.(macam mirul jugak la)

Oleh itu, untuk kali nie Mirul akan tekankan faktor seterusnya yang penting untuk menarik trafik ke blog kita daripada search engine iaitu Title blog dan description. Ini juga boleh dikatakan sebagai identiti sesebuah blog. Seperti blog EBT nie Mirul menggunakan identiti Tutorial blogspot bahasa melayu.


Kenapa title dan description penting.

Ok Mirul buat contoh yang mudah, kalau anda suka satu lagu, apa yang biasanya anda pikir untuk merujuk kepada lagu tersebut. Tajuk lagu, artis, dan album serta mungkin tahun lagu keluar. So boleh Mirul katakan itu sebagai title dan description pada lagu tersebut. Begitu juga blog, title dan description penting sebagai pengenalan awal, selepas itu baru masuk bab lirik (entri) dan lain-lain.
(pening kan...haha)

Bagaimana hendak letak/ubah title dan description

Untuk pengguna blogspot, tak susah pn kalau nak tukar title blog dan description.

Dari dashbord >settings > basic
Korang akan nampak bahagian title dan description. Korang boleh letak title dan description mengikut apa yang korang nak dan yang bersesuaian dengan blog korang. 

Kat bawah nie contok title dan description blog EBT nie...


Bagaimana untuk letakkan title dan description.?

1. Untuk title, tidak perlu begitu banyak perkataan, cukuplah antara 3 hingga 5 patah perkataan. Kalau terlalu banyak, ianya akan mengangu diindex di search engine. sebab apabila diindex oleh search engine, title blog ini akan ditunjuk bersama title entri dalam result di search engine. Dan title blog juga akan dipaparkan di browser.



2. Untuk description korang boleh buat ayat sehingga 500 patah perkataan. Kebiasaannya untuk description ini akan ditunjukkan di bawah title blog.
description blog boleh dibuat dalam ayat yang menerangkan apa kandungan blog korang dan juga kenapa blog itu diwujudkan.

------------------

Penggunaan title dan description blog yang betul secara tidak langsung membuka mata search engine kepada blog korang.

P/s : Bagi yang blogging memang ada tujuan yang khusus, baik korang tukar title dan description korang. Besar juga kesannya kepada SEO blog korang.:)

Happy blogging.:)  

2 comments:

[sutera kasih] said...

mcm nama blog sy la..nama lagu..tp tu la bersaing dgn nama lagu tu hoho

MIRUL said...

@[sutera kasih] discription kne lah laen skit dri lagu 2..hehee

 
Design by AH|SW |Empayar Bintang Tiga 2013